Kuliah 12 : Sistem Ekonomi Islam

Ekonomi Islam


Takrif Ekonomi Islam
1. Sikap manusia terhadap barangan
2. Sesuai dengan wahyu

Matlamat Ekonomi Islam
1. Membantu manusia menyampaikan barangan kepada mereka
2. Untuk faedah dunia dan akhirat

Asas Ekonomi Islam

Tauhid
Taqwa
Zakat
Kebajikan
Kasih sayang


Prinsip Ekonomi Islam

1. Ekonomi Islam menjamin pemilikan masyarakat.
2. Ekonomi Islam menolak dasar monopoli dikuasai oleh segelintir orang saja.
3. Islam melarang riba dalam segala bentuk.
4. Islam mengakui pemilikan peribadi dalam batas-batas tertentu.
5. Kekayaan adalah milik allah
6. Kekayaan adalah pemberian allah swt kepada manusia.
7. Kekuatan penggerak utama ekonomi Islam adalah kerjasama.
8. Kewajipan zakat
9. Larangan mencuri
10. Larangan rasuah
11. Manusia memiliki secara terhad
12. Milik manusia hanya sementara di dunia
13. Pengharaman riba


1) jenis pemilikan
A. Individu
B. Umum
C. Negara


2) kaedah pemilikan
A. Jual beli
B. Wasiat
C. Wakaf
D. Hadiah
E. Penerokaan hak cipta


3) penggunaan
A. Perbelanjaan
B. Pengembangan


4) agihan
Jenis kepemilikan dalam Islam

1. Kepemilikan individu.
Kepemilikan individu adalah hak individu yang diakui syariah dimana dengan hak tersebut seseorang dapat memiliki kekayaan.


Sebab terjadinya kepemilikan:
1. bekerja.
2. pewarisan.
3. keperluan harta untuk hidup.
4. pemberian negara.
5. harta yang diperoleh tanpa usaha apapun.


Cara mendapatkan harta
1. melarang makan riba.
2. melarang penipuan.
3. mencuri ukuran.
4. melarang kegiatan yang merugikan orang lain seperti monopoli dan spekulasi.


Cara menggunakan harta
1. larangan membazir harta di jalan yang terlarang.
2. larangan membri rasuah.
3. larangan riba.
4. larangan mengunakan tujuan maksiat.


Keutamaan berbelanja
1. dimanfaatkan untuk perkara yang wajib seperti nafkah keluarga, zakat,
2. Membayar utang, haji dan lain-lain.
3. berikutnya dimanfaatkan untuk pembelanjaan yang disunahkan seperti sedekah, hadiah.
4. seterusnya dibelanjakan kepada kemudian yang harus.


Peraturan menjana harta
1. cara yang sah seperti jual beli, pertanian, perindustrian dan perdagangan.
2. cara yang terlarang seperti memungut riba, judi, dan pelaburan yang haram seperti membuka pusat maksiat.


2. Kepemilikan umum
Kepemilikan umum adalah seluruh kekayaan yang telah ditetapkan kepemilikannya oleh allah bagi kaum muslim sehingga kekayaan tersebut menjadi milik bersama kaum muslim.

Individu-individu dibolehkan mengambil manfaat dari kekayaan tersebut, namun terlarang memilikinya secara pribadi.


Ada tiga jenis kepemilikan umum
1. keperluan harian seperti air, sungai, hutan, tenaga letrik.
2. sumber yang terlarang dimiliki oleh individu seperti jalan, laut, sungai, tasik, masjid dll.
3. barang galian seperti emas, besi, minyak, gas.


Prinsip pemilikan umum
1. negara harus mengelola harta milik umum itu secara professional.
2. ia tidak boleh memberikan hak tersebut kepada individu tertentu.
3. milik umum hendaklah diberikan manfaat sebesar-besarnya kepada masyarakat umum.


Pemanfaatan kepemilikan umum
1. jika individu dapat mengelolanya maka individu tersebut hanya diperkenankan sekedar mengambil manfaat barang-barang itu dan bukan memilikinya. Seperti air dan jalan umum
2. jika tidak mudah bagi individu untuk mengambil manfaat secara langsung seperti gas dan minyak bumi, maka negara patut mengurusnya sebagai wakil dari masyarakat, kemudian hasilnya diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat, atau jika dijual hasilnya dimasukkan ke bait al-mal untuk kepentingan masyarakat.


Kepemilikan negara

1. harta yang merupakan hak bagi seluruh kaum muslimin.
2. khalifah berhak memberikan kepada sebagian rakyat sesuai dengan ijtihadnya.
3. pengelolaan oleh khalifah ini adalah adanya kuasa yang dimiliki khalifah untuk mengelolanya.


Jenis harta kepemilikan negara;
1. harta ghanimah (harta yang diperoleh dari rampasan perang dengan orang kafir), fay' (harta yang diperoleh dari musuh tanpa peperangan).
2. harta yang berasal dari kharaj (hak kaum muslim atas tanah yang diperoleh dari orang kafir, baik melalui peperangan atau tidak).
3. harta yang berasal dari jizyah (hak yang diberikan allah kepada kaum muslim dari orang kafir sebagai tunduknya mereka kepada Islam).
4. harta yang berasal dari daribah (pajak).
5. harta yang berasal dari ushur (pajak penjualan yang diambil pemerintah dari pedagang yang melalui batas wilayahnya dengan pungutan yang diklasifikasikan berdasarkan agamanya).


 Jenis kepemilikan dalam Islam
1. harta yang tidak ada ahli warisnya atau kelebihan harta dari sisa waris (amwal al-fadla).
2. harta yang ditinggalkan oleh orang-orang murtad.
3. harta yang diperoleh secara tidak sah para penguasa, pegawai negara, harta yang didapat tidak sejalan dengan shara‘.
4. harta lain milik negara seperti padang pasir, gunung, pantai, laut dan tanah mati yang tidak ada pemiliknya.


Konsep pemilikan dalam Islam
1. pemilikan dari segi bahasa: memiliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya sebebasnya.
2. dari segi istilah: sesuatu pengkhususan yang ditetapkan oleh syarak yang menghalang orang lain, dan membenarkan pemilik khusus itu bertindak terhadap hak miliknya sebebasnya, kecuali jika ada penghalang.


Kesan pemilikan
1. boleh memanfaatkan.
2. boleh menjual atau membelanja.
3. tiada halangan dari syarak.
4. memiliki kebebasan untuk bertindak ke atas harta.


Pengiktirafan Islam ke atas hak milik
Pada asasnya semua harta boleh dimiliki. Kecuali jika ada halangan, maka harta itu tidak boleh menjadi hak individu seperti jalanraya, sungai, laut dan sekolah, hospital dan lain-lain.


Keistimewaan pemilikan sempurna
1. hak pemilikan harta tersebut tidak terhad untuk masa tertentu. Ia tidak terikat dengan masa dan tempat.
2. ia kekal selagi masih wujud dan akan terhapus jika benda itu sudah hapus, berpindah milik atau tuanpunya meninggal
3. pemilik harta mempunyai hak menggunakan, mengambil kesempatan dan peluang serta membuat kira bicara terhadap harta miliknya seperti nak jual, sewa, beri pada orang.


Sebab-sebab pemilikan sempurna
1. penguasaan ke atas harta yang harus:tanah belum teroka.
2. bahan galianbinatang buruan yg hidup meliar.
3. kawasan rumput liar,
4. akad (kontrak) pindah milik.
5. pewarisan dan wasiat.
6. hak rakan kongsi (syufa’ah).
7. pengagihan zakat, pemberian sukarela, sedakah, wakaf.
8. hasil dari pengembangan harta yang dimiliki


Ciri-ciri pemilikan tidak sempurna
1. bersifat sementara, tidak kekal serta terikat kepada tempoh.
2. ia tidak boleh diwarisi.
3. ia terikat dengan masa, tempat dan keadaan.
4. harta itu mesti diserahkan kepada pemilik manfaat.
5. segala perbelanjaan berkaitan harta yang dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat
6. hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta jika telah tamat tempoh


Pemilikan tidak sempurna
Ia terbahagi kepada 3 iaitu:
1. pemilikan harta sahaja (al-milk ain) spt pinjam barang
2. pemilikan manfaat sahaja (al-milk manfaat) spt sewa kereta
3. hak memanfaatkan mata benda (hak irtifa’ al-ain) spt sungai


Al-milk ain
1. iaitu apabila seseorang itu memiliki harta tetapi tidak memanfaatkannya.
2. lazimnya pemilik harta adalah bersifat kekal manakala pemilikan manfaat adalah bersifat sementara. Cth sewa


Pemilikan manfaat
Hak menggunakan manfaat secara peribadi iaitu apabila harta yang ditetapkan penggunaan manfaatnya untuk seseorang. Spt pinjam barang

Sebab-sebab pemilikan manfaat
Sewaan, pinjaman, wakaf

Prinsip pengguna menurut Islam
Konsep harta menurut Islam adalah sebagai amanah, ujian dan pemilikannya tidak mutlak. Kesemuanya adalah milik mutlak allah swt oleh itu di dalam harta mereka ada hak orang lain

Dalam al quran terdapat perkataan seperti belanjalah, makanlah, pakailah dan berikanlah. Kesemua perkataan ini merupakan suatu perintah atau amanah allah.

Islam memberi kebebasan sepenuhnya dalam menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk menikmati kesejahteraan dan keselesaan hidup.

Mereka dikehendaki menggunakannya menurut peraturan yang ditetapkan oleh allah. Antara peraturan seperti:
(i) menjaga kebersihan.
(ii) menggunakan barangan dan perkhidmatan secara halal.


Prinsip pengguna
Terangkum dalam tiga prinsip:
1. kepercayaan kepada hari akhirat. Pengguna bukan sahaja akan membelanjakan sesuatu untuk faedah dunia tetapi faedah akhirat.
2. mendapat keredhaan allah, itulah kejayaan yang sebenar. Bukan menjadi hamba nafsu.
3. kekayaan harta merupakan amanah allah kepada pemiliknya. Oleh itu janganlah boros, berlebihan, membazir dan sebagainya.


Peranan iklan
1. iklan sepatutnya berperanan memberi kesedaran pengguna dengan memberi maklumat yang benar tetapi banyak pengiklanan menipu pengguna.
2. iklan hari ini kerap membangkitkan emosi penggunan supaya hidup mewah, bermegah dan mementingkan status yang akhirnya pengguna akan membazir.


Sejarah ekonomi Islam
1. nabi adam as [qabil dalam pertanian, habil dalam penternakan]
2. nabi shuib as berkenaan penipuan dalam timbangan
3. nabi yusuf as berkenaan baginda dilantik sebagai penguasa mesir dalam ekonomi
4. nabi muhammad saw sebagai saudagar


Ekonomi rasulullah saw
Rasulullah saw sebagai contoh dalam urusan perniagaan iaitu:
1. mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal.
2. mengharamkan perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram.
3. berkelakuan baik semasa berurus niaga.
4. menjauhkan diri daripada amalan riba'.
5. menjalankan urusniaga dengan jujur dan amanah.
6. tidak rasuah.


Keistimewaan ekonomi Islam
1. barangan adalah milik mutlak allah
2. ia merupakan ibadah
3. menjalankan tugas khlaifah
4. sesuai dengan fitarah manusia
5. telus
6. tanpa rasuah
7. dunia akhirat
8. pahala


Ciri-ciri ekonomi Islam
1. berdasarkan hukum syarak
2. kebajikan
3. ihsan
4. tolong menolonga
5. kasih sayang



************************
Abd aziz bin harjin
Pensyarah tamadun Islam
Universiti teknologi mara perlis
02600 arau, perlis, malaysia
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
Url: abdazizharjin.blogspot.com