Kuliah 07 : Pengaruh Islam Di Alam Melayu dan Tamadun Malaysia


Bab 2 : Islam Di Alam Melayu

Pengaruh Islam Di Alam Melayu dan Tamadun Malaysia

Bidang politik
  1. Sistem Kesultanan Melayu Melaka. 
  2. Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Pahang. 
  3. Undang-undang Melaka
  4. Hukum Kanun Melaka
  5. Undang-undang Pahang 1592
  6. Kerajaan Aceh menjalankan undang-undang Islam
Bidang sosial
  1. Islam telah memperkenalkan konsep sama rata
  2. Wujud unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu
  3. Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan
  4. Islam membentuk perpaduan melalui konsep ummah
  5. Proses perpaduan dicapai melalui perlakuan ibadat 
Bidang ilmu pengetahuan
  1. Apabila memeluk agama Islam mereka mempelajari Quran
  2. Tujuan menunaikan fardu sembahyang
  3. Tahap ini digalakkan belajar membaca
  4. Diikuti pula dengan proses pembelajaran
  5. Penulisan bahasa Melayu menggunakan huruf Quran
  6. Buku-buku mengenai agama Islam dikarang
  7. Lahirlah institusi-institusi agama Islam
    • Madrasah 
    • Surau
    • Masjid
    • Pondok
    • Langgar
    • Rangkang
    • Pesantren (Pulau Jawa disamakan dengan universiti Islam)
    • Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan
Zaman permulaan Islam pendakwah telah menulis
Risalah agama mengenai rukun iman rukun Islam
Ditulis berkenaan cerita-cerita
  1. Hikayat Nur Muhammad
  2. Hikayat Makjizat Nabi
  3. Hikayat Nabi Bercukur
  4. Hikayat Nabi Wafat
  5. Hikayat Nabi Mikaj
  6. Hikayat Nabi Muhammad Dengan Iblis. 
  7. Hikayat Puteri Salamah - tugas seorang isteri dalam Islam. 
  8. Hikayat Seribu Masalah - dialog Nabi dengan Yahudi
  9. Hikayat Nabi Mengajar Ali
  10. Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
  11. Hikayat Nabi Dengan Orang Miskin, dan lain-lain.
  12. Cerita-cerita Dalam al-Quran
  13. Hikayat Nabi Sulaiman
  14. Hikayat Nabi Musa
  15. Hikayat Nabi Yusuf
  16. Hikayat Nabi Zakaria
  17. Hikayat Lumkan al- Hakim
  18. Hikayat Nabi Allah Ayub
  19. Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain.
Cerita-cerita sahabat Nabi dan tokoh Islam
  1. Hikayat Abu Bakar
  2. Hikayat Amir al-Mu'minin Umar
  3. Hikayat Abu Syahmah
  4. Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi
  5. Hikayat Raja Khandak
  6. Hikayat Hassan dan Hussain
  7. Hikayat Tamin al-Dari dan lain-lain. 
Cerita-cerita pahlawan Islam
  1. Hikayat Amir Hamzah
  2. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  3. Hikayat Semaun
  4. Hikayat Bayan Budiman
  5. Hikayat Kalilah Dan Daminah
  6. Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.
Cerita-cerita tentang ahli-ahli sufi
  1. Hikayat Sultan Ibrahim
  2. Hikayat Abu Yazid Bistami
  3. Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jailani
  4. Hikayat Rabe'ah
Cerita-cerita rekaan
  1. Hikayat Raja Damsyik
  2. Hikayat Jauhar Manikam
  3. Hikayat Hassan Damsyik
  4. Hikayat Sultan Bustaman
  5. Hikayat Gul Bakawali
  6. Hikayat Umar Umaiyah
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
  1. Hamzah Fansuri 
  2. Penulis tasawuf
  3. Syair Dagang
  4. Syair Burung Pungguk
  5. Syair Perahu
  6. Syair Burung Pinggai
  7. Syair Sidang Fakir 
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
  1. Syekh Abdul Rauf Singkel
  2. Bercorak tasawuf
  3. Syair Makrifat
  4. Abdul Rauf
  5. Syair Takrif al-Huruf (tasawuf)
  6. Tanpa pengarang
  7. Syair Makrifat dan Alam Tasawuf
  8. Syair Mistik dan Tauhid
  9. Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat
  10. Syair Kiamat
  11. Syair Cerita Dalam Kubur. 
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan
  1. Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
  2. Dalam perlembagaan Malaysia Bab (3) 
  3. Ceraian (1), iaitu agama Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu. 
  4. Ceraian (2) pula menyatakan bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang, kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama 
  5. Pulau Pinang dan Melaka Bab (3) itu menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri itu 
  6. Dalam bidang perundangan mengenai hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh. 
  7. Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan. 
  8. Menurut perlembagaan itu, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang
  9. Di tiap-tiap buah negeri Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk sebuah pejabat agama untuk mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam. 
  10. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan. 
  11. Kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan soal: Perceraian, Khalwat, tidak berpuasa di bulan Ramadan, enggan menunaikan sembahyang Jumaat, bersekedudukan
  12. Majlis agama juga bertanggungjawab mengeluarkan tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam tiap-tiap negeri itu.
  13. Mufti berperanan mengeluarkan fatwa berkaitan kepentingan agama
  14. Majlis Agama bertanggungjawab mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan mentadbirkannya untuk kebajikan orang Islam.  
  15. Perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan: "Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam. 
  16. Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebutkan. "Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agama hendaknya diadakan." 
  17. Jabatan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya pentadbiran Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. 
  18. Bantuan kewangan juga diberi kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi. 
  19. Jabatan Perdana Menteri menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan penyelidikan melalui Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri



Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
  1. Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik-politik Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. 
  2. Ia ada kesinambungan dengan pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Langkasuka, Melaka dan Johor-Riau-Lingga
  3. Kesemua politik ini dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara.
  4. Paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu
  5. Pengaruh Islam menjadikan negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam. 
    Undang-undang Melayu:-
    1. Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
    2. Johor dengan Undang-undang Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)
    3. Pahang dengan Undang-undang Pahang
    4. Kedah dengan Undang-undang Kedah
    5. Terengganu dengan Itqan Al-Mulk (Perlembagaan Negeri Terengganu 1911)
    6. Perak dengan Undang-undang II dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak
    7. Negeri Sembilan pula dengan Hukum Adat atau Undang-undang Adat 
    8. Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
    9. Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh Islam
    10. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. 
    11. Perkembangan Islam di Alam Melayu menggunakan bahasa Melayu. 
      Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam
      1. Tulisan
      2. Kitab-kitab agama
      3. Kesusasteraan  Melayu 
      4. Komunikasi 
      5. Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
      6. Akta Pendidikan 1961, telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. 
      7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. 



        ************************
        Abd Aziz bin Harjin
        Pensyarah Tamadun Islam
        Universiti Teknologi MARA Perlis
        02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
        Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
        Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
        URL: abdazizharjin.blogspot.com