Kuliah 04 : Persamaan Nilai Antara Tamadun

Persamaan Nilai Antara Tamadun

Nilai : mutu, harga, kualiti, darjat, ukuran, timbangan, dll


Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai tertentu. Islam mempunyai nilai tersendiri berdasarkan al Quran dan al Hadith. Hanya nilai yang berteraskan al Quran dan al Hadith sahaja di terima oleh Allah SWT seperti dalam surah ali Imran ayat 19 bermaksud: 
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"

Antara nilai-nilai yang terdapat di dalam Tamadun Islam ialah:
  1. Nilai Kepercayaan, agama
  2. Nilai Keilmuan, pendidikan
  3. Nilai Akhlak, etika
  4. Nilai Ekonomi, perniagaan, 
  5. Nilai Kerja, amal
  6. Nilai Kemanusiaan
  7. Nilai Sosial, kekeluargaan
  8. Nilai Politik, pemerintahan
  9. Nilai Alam sekitat
Nilai Kepercayaan
  1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial sesuatu tamadun. 
  2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi nilai keagamaan.
  3. Bahkan dari agama inilah yang menyebabkan lahirnya kebudayaan dan sains. 
  4. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menekankan persoalan ketuhanan yang bersumberkan wahyu. 
  5. Agama juga memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada pembangunan sesebuah tamadun.
Nilai KEILMUAN
  1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam pembangunan dan pembinaan sesebuah tamadun. 
  2. Bangsa yang menekankan penerokaan dan penguasaan ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang.
  3. Dalam Tamadun Islam keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan dalam surah al-Alaq :1-5.
Umat Islam perlum mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ‘ummah wasatan’iaitu umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.

NILAI AKHLAK
  1. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. 
  2. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri sendiri.
  3. Oleh itu perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sabda baginda:- maksudnya  “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
  4. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk menyempurnakan akhlak manusia.
  5. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain juga termasuk alam sekitar.
NILAI EKONOMI
  1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.
  2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. 
  3. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. 
  4. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah.
NILAI KERJA
  1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. 
  2. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika namun ia tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia.
  3. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.
  4. Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
  5. Dilakukan dengan niat kerana Allah
  6. Kerja - menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab
  7. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas
  8. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
NILAI KEMANUSIAAN
  1. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. 
  2. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secaramenyeluruh.
  3. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah.
  4. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
NILAI KEKELUARGAAN
  1. Malek Bennabi (1905 – 1973) penulis Algerian : membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. 
  2. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.
  3. Menurut Konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. 
  4. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
  5. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati.
  6. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
NILAI POLITIK, PEMERINTAHAN

  1. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik pemimpin.
  2. Banginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam kepimpinan.
  3. Kepimpinan Islam diteruskan oleh sahabat baginda setelah kewafatannya.
  4. Kepimpinan Islam adalah berasaskan al Qurah dan al Sunnah.
  5. Keadilan adalah perinsip utama dalam pentadbiran Islam


NILAI ALAM SEKITAR
  1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.
  2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn kerosakan. 
  3. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah.





************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com