Kuliah 01 : Pengertian Tamadun Islam

KONSEP TAMADUN ISLAM

RINGKASAN:

BAHASA

  1. Pertama : Perkataan “Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam kitab al ‘ibar kepada al-Muqaddimah abad 14M. Perkataan ‘Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t. Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61).
  2. Kedua : Perkataan “Hadarah”. Juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan ‘Umran. Hadarah bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. 
  3. Ketiga: Perkataan “Madaniyyah”. Muhammad Farid Wajdi telah dalam bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899m. Syekh Muhammad Abduh dalam bukunya Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun 1901. Muhammad Abduh menggunakan perkataan ini dalam Tafsir al-Manar. 
  4. Keempat : Perkataan “Tamadun” Yang berakarkan perkataan Madaniyyah. Perkataan “Tamadun” Jurji Zaidan:  seorang penulis Arab,  dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization) menggunakan perkataan “tamadun” bagi menunjukkan kemajuan.
PERISTILAHAN
  1. Dr. Muhammad Baki: Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. 
  2. Syed Muhammad Naqiub al-Attas : Tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. 
  3. Abu Bakar Hamzah : Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. 
Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. 

Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. 

Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN TAMADUN 

Kebudayaan:
  1. Kebudayaan diertikan sebagai cara hidup. 
  2. Kebudayaan Islam bererti cara hidup Islam. 
  3. Kebudayaan Barat adalah cara hidup orang Barat. 
  4. Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis Nabi s.a.w.  
Tamadun: Tamadun adalah pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani

Tamadun: seperti pertanian, perkilangan, perlombongan dan perindustrian

Tamadun: Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin

Tamadun: dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. 

Tamadun: Tamadun merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. 

Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam. 

Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. 

Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. 

Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam

Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir melalui proses ijtihad.

Kebudayaan Barat adalah cara hidup Barat yang tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu

Orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab Injil dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak lagi

Hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat perubahan-perubahan

Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan.
Pada hal agama adalah sebagai teras kehidupan.

Konsep Tamadun Barat
Berbeza dengan kebudayaan Islam. 
Kerana agama Islam-lah yang melahirkan kebudayaan.

Konsep Tamadun Barat
Kebudayaan Islam adalah hasil  daripada agama Islam sendiri.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com